HARIMAU MALAYA

Petanda Baik Untuk 7 Pemain Skuad Harimau Malaya

2025-10-17 18:47:20

Petanda baik muncul secara mengejut buat tujuh orang pemain warisan baharu Harimau Malaya.

Umum mengetahui bahawa tujuh pemain ini sedang menanti keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung dakwaan penggunaan dokumen palsu dalam proses pendaftaran pemain ini.

Mereka juga secara tidak langsung terlepas panggilan untuk mewakili Harimau Malaya pada aksi ketiga dan keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 berdepan Laos pada 9 dan 14 Oktober 2025.

Namun begitu, sinar baharu buat tujuh pemain ini kembali menjadi bualan apabila laman data terbesar bola sepak dunia, Transfermarkt telah meletakkan semula bendera Malaysia pada biodata tujuh pemain ini.

Tonggak Harimau Malaya yang dimaksudkan ialah Jon Irazabal, Facundo Garces, Gabriel Palmero, Hector Hevel, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan juga Rodrigo Holgado.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan sebelum ini menyatakan pendirian teguh bahawa tujuh pemain di bawah revolusi Harimau Malaya ini adalah sah sebagai rakyat Malaysia.

“FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah.

FAM juga menegaskan bahawa pihaknya bakal mengemukakan rayuan rasmi untuk mempertahankan maruah bola sepak Malaysia.

“Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih,” ujar kenyataan FAM.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.