Sah Deportivo Alaves menyingkirkan Facundo Garces
Deportivo Alaves secara rasmi telah menggugurkan Facundo Garces daripada skuad La Liga musim ini
Nama Facundo Garces kini tidak lagi dipaparkan di laman web rasmi kelab selepas dia dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA kerana memalsukan dokumen naturalisasi untuk bermain bagi pasukan kebangsaan Malaysia.
Malangnya sebelum hukuman ini dijatuhkan, Facundo bermain dalam setiap perlawanan untuk Alaves dalam enam perlawanan awal La Liga tanpa digantikan langsung (rekod 100%)
Selepas hukuman ini, nilai pasaran Facundo jatuh kepada €1 juta.