HARIMAU MALAYA

Peluang cerah harimau malaya untuk mara ke Asian Cup 2027

2025-10-23 07:15:42

Malaysia kini berada pada landasan terbaik untuk menutup kempen 2025 tanpa sebarang kekalahan di bawah kendalian jurulatih Peter Cklamovski.
Malaysia kini masih belum tewas dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 dengan 4 perlawanan berturut-turut.

Malaysia 2-0 Nepal
Malaysia 4-0 Vietnam
Laos 0 - 3 Malaysia

Malaysia 5 - 1 Laos

Malaysia memerlukan rentak kemenangan dengan Nepal dan Vietnam perlawanan akan datang untuk menerajui juara kumpulan F. Malaysia kini berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 dengan memerlukan enam mata lagi untuk mengesahkan kemaraan.

Harimau Malaya turut mencatatkan peningkatan pada kemaskini ranking masa-nyata FIFA apabila melonjak ke tangga 118 dunia berbanding 123 dunia pada kemas kini sebelumnya.

Skuad negara kini menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (98) dan Vietnam (111) dunia. Walaupun dengan permasalahan dokumen yang melanda Harimau Malaya untuk 7 pemain. Harimau Malaya terus menunjukkan belang dengan pemain yang sedia ada dan tidak gentar untuk meneruskan momentum kemenangan.

Malaysia akan bertandang di Nepal pada 18 November 2025 ini untuk aksi seterusnya , sebelum bertemu vietnam di perlawanan terakhir pada 31 Mac 2026. Teruskan menyokong Harimau Malaya.



⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.