ONE

Denic Puric Mahu Belasah Jojo

2025-10-18 09:43:11

DENIS Puric memberi amaran terbuka kepada juara remaja Malaysia iaitu JOJO. Dia memaklumkan kepada umum dan bersedia memukulnya di Malaysia dengan syarat ONE Championship menawarkan bayaran yang setimpal untuknya.

Dalam satu temu bual Bangkok Post, jaguh veteran yang dikenali sebagai 'The Bosnian Menace' itu berkata, pertarungan itu tidak memberi faedah kepadanya kecuali jika ia melibatkan bayaran yang besar (dengan ego yang tinggi).

Kenyataan berkenaan datang susulan hantaran media sosial Johan Ghazali yang mendakwa dirinya sebagai jaguh anak muda terhebat buat masa ini di Malaysia.

Puric ketawa apabila dimaklumkan tentang hantaran Ghazali dan menggelarkan jaguh remaja itu berada dalam dunia khayalan.

"Budak ini berkhayal. Pertarungan itu tidak memberi sebarang manfaat kepada saya. Jika saya menang, mereka akan berkata, ‘Awak tewaskan seorang budak.’ Jika saya kalah, mereka akan berkata, ‘Awak tewas di tangan seorang budak.’ Ia memang tidak masuk akal bagi saya," katanya.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.