Ranking Harimau Malaya Naik 5 Anak Tangga
Skuad Harimau Malaya di bawah Jurulatih Peter Cklamovski beraksi dengan cemerlang selepas merekodkan 6 kemenangan dan 1 kali seri dalam 7 perlawanan. Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 118 dunia, berjaya melonjak naik 5 anak tangga berbanding 123 pada kemas kini terdahulu, 18 September 2025.
“Peningkatan ini adalah hasil kerja keras pemain dan barisan kejurulatihan yang berjaya mengekalkan momentum kemenangan dalam dua perlawanan menentang Laos baru-baru ini,”
Kejayaan itu bukan sahaja memperkukuh peluang Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 malah turut menyumbang kepada lonjakan ranking dunia kali ini.
Malaysia kini juga turut bergelar pasukan ke-3 terbaik ASEAN di belakang Thailand yang menghuni kedudukan ke-96 dunia sementara Vietnam di tangga ke-111 berdasarkan kemas kini terbaharu.
Prestasi positif Harimau Malaya dalam kempen kelayakan kali ini memberi sinar baharu kepada usaha Malaysia menempatkan diri antara pasukan terbaik Asia Tenggara di pentas antarabangsa.
Terima Kasih Peter Cklamovski memimpin Harimau Malaya dengan semangat kejayaan untuk masa depan bolasepak Malaysia.