Penang FC tetap gagah lawan JDT walaupun 10 pemain
Penang FC membuktikan kemampuan menampilkan aksi berkualiti meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, semalam.
Ketua jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail memuji komitmen tinggi anak buahnya yang enggan memberi laluan mudah kepada pelawat dan menyifatkan kekalahan 1-2 sebagai amat positif.
"Bukan mudah bertahan lebih 45 minit dengan 10 pemain apabila berdepan pasukan besar seperti JDT, tetapi anak buah saya membuktikan mereka juga ada kualiti.
"Kami berada di landasan tepat. Pemain juga nampak lebih fokus dan bersatu untuk bersaing menentang JDT," katanya kepada wartawan selepas perlawanan.