FAM

Fam mengaku tidak terbabit palsukan dokumen 7 pemain warisan

2025-10-18 16:36:47

Fam mengaku tidak terbabit palsukan dokumen 7 pemain warisan, sekiranya ada salah laku sila babitkan individu.

Apakah sebenarnya rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mereka dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain berdarah warisan?

Badan induk antarabangsa itu mengenakan denda RM1.8 juta kepada FAM selain penggantungan 12 bulan dan denda RM10,500 kepada Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal serta Hector Hevel.

Jika ada sebarang salah laku yang berlaku, ia seharusnya ditujukan kepada individu yang terbabit.

Itu penegasan peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz yang mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam rayuan terhadap hukuman dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain berdarah warisan.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.