BOLASEPAK

Faisal Halim mendapat rentak kembali di Liga Super

2025-10-19 04:14:58

Faisal Halim hasilkan 2 gol bertemu Negeri Sembilan FC.

Di sebalik tentangan sengit tuan rumah , Selangor FC mendahului 1-0 hasil jaringan sulung Faisal Halim yang memecahkan benteng pertahanan pihak lawan sebelum menewaskan penjaga gol pada minit ke-34.

Negeri Sembilan cuba mengasak dan cubaan mencari jaringan persamaan tetapi gagal mencari rentak di babak masa pertama.

Di awal babak kedua , Chrigor tambah derita Negeri Sembilan FC Setelah mencetak gol pada minit ke-46.

10 minit selepas itu, giliran Zach Clough pula mencetak nama sebagai penjaring gol ketiga di Paroi dari hasil hantaran Faisal Halim Dan menanduk terus ke gawang.

Pemain sayap kebangsaan kesayangan ramai itu terus menambah derita tuan rumah setelah berjaya mencetak nama penjaring keempat pada minit ke-63.

Negeri Sembilan FC cuba untuk merapatkan defisit gol antara Selangor FC Akhirnya gagal dan kekal 4-0 sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan suku akhir kedua berlangsung pada 29 Oktober 2025 yang akan menentukan satu pasukan bakal ke separuh Akhir.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.