HARIMAU MALAYA

Kuching City jinakkan Sang Penyu 4-1

2025-10-19 07:51:12

Terengganu FC terpaksa hadap laluan berliku setelah tewas dengan Kuching City di tempat sendiri.

Disaksikan lebih 9,000 penyokong di Stadium. Skuad Sang Penyu bimbingan Badrul Afzan Razali dikejutkan jaringan sulung Ronald Ngah yang meletakkan Kuching City di depan pada minit ke lapan sebelum menyempurnakan sepakan penalti empat minit kemudian untuk menggandakan kedudukan.

Ketinggalan dua gol awal di babak pertama, Sang Penyu terus buntu untuk menghasilkan gol diatas kecekapan Haziq Nadzlin menjaga gawang dan menafikan berberapa cubaan berbahaya.

Memasuki babak kedua, Kuching City semakin garang apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-52 hasil serangan balas pantas oleh Daniel Asri.

Terengganu FC akhirnya mendapatkan gol sulung pada minit ke-68 menerusi Yan Mabella hasil sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan.

Namun nasib Terengganu FC untuk merapatkan jurang defesit terhadap pelawat hancur apabila Mabella tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-82 sekali gus melengkapkan kemenangan besar 4-1 buat skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak.

Sang Penyu Cuba bangkit menjelang aksi timbal balik di Kuching pada 28 Oktober ini dan Kuching City kini memiliki kelebihan selesa empat gol di tempat lawan.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.