BOLASEPAK

Penyokong Terengganu FC kecewa dengan prestasi semenjak kebelakangan ini

2025-10-20 12:57:12

Terengganu berdepan misi sukar dan semakin mencabar pada suku akhir Piala FA kedua 2025/26 apabila perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 4 gol di tempat pihak lawan selepas kecundang 4-1 di laman sendiri.

Walaupun bermula garang kemenangan demi kemenangan dalam kempen Liga Super musim ini, prestasi Sang Penyu semakin merosot di bawah kendalian jurulatih Badrul Afzan Razali dan perlu bangkit pada perlawanan akan datang.

Jurulatih dan skuad Terengganu FC kini perlu bangkit luar biasa dalam aksi kedua di Stadium Negeri, Kuching pada 28 Oktober sekiranya ingin layak ke Separuh Akhir Piala FA 2025/2025.

Kekecewaan penyokong terhadap prestasi semasa Terengganu FC mencetuskan desakan agar pengendali baharu dilantik bagi memperbaiki prestasi pasukan antara nama yang kini disebut-sebut menggantikan Badrul ialah dua bekas figura kebanggaan Pantai Timur iaitu Nafuzi Zain dan Hairuddin Omar.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.