Safee Sali mengharapkan Harimau Muda B-23 lebih cerdik menentang Vietnam akan datang
Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap Pemain Harimau Muda Malaysia B-23 tampil lebih cerdik bila bertemu Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan Sukan SEA 2025 pada hujung bulan ini.
Pandangan itu dibuat beliau apabila diminta mengulas undian yang diterima anak buah Nafuzi Zain di peringkat kumpulan temasya tersebut.
“Dalam setiap tindakan pemain-pemain dan kepentingan pasukan adalah lebih utama dalam bolasepak. Kekalahan dan tidak layak di masa lalu adalah pengajaran untuk kita"
“Jadi selepas ini, pemain harus mengambil iktibar dan fokus kepada pasukan dan permainan selama 90 minit. Ya, kemenangan harus dicapai tapi kena lebih bijak dari segi tindakan,” katanya kepada Nadi Arena.
Malaysia dan Vietnam berada dalam Kumpulan B bersama Laos. Tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik kumpulan akan berentap di peringkat separuh akhir. Ayuh , teruskan menyokong negara tercinta dan tanah air kita. Bolasepak menyatu padukan kita.