Adakah Selangor FC akan mendapatkan 3 mata penuh di Gelora Persib Bandung dalam saingan ACL2 ?
Sebelum ini , Selangor FC mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia 2 (ACL2) 2025/26 selepas tunduk 2-4 kepada Lion City Sailors di tempat pihak lawan dan Bangkok United 4-2 di halaman sendiri.
Selangor FC sudah pasti mendahagakan tiga mata penuh di saingan kali ini untuk mencari kemenangan pertama pada perlawanan kali ini. Ketika ini SFC menghuni tangga tercorot Kumpulan G tanpa sebarang mata selepas tumbang dalam dua aksi terdahulu.
"Perkara paling mustahak adalah barisan pemainnya mengekalkan mentaliti yang ada dalam baki kempen ACL2 yang nyata mencabar.
"Tetapi kita perlu tetap fokus. Kami tahu ia akan berlaku, tetapi kami akan berusaha memburu keputusan positif. kata Christophe Gamel
Selangor akan berkunjung ke Bandung, Indonesia untuk membuat perhitungan menentang Persib Bandung pada aksi ketiga kumpulan dijadualkan pada 23 Okt ini.
AYUH BERIKAN SOKONGAN KEPADA WAKIL BOLASEPAK KITA DI ASIA.