FUTSAL

Kelantan FT menundukkan Selangor 2-1 di futsal B-19 kebangsaan 2025

2025-10-25 08:25:10

Kelantan FT muncul juara Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 selepas menang keatas Selangor dua berbalas satu.

Perlawanan akhir yang berlangsung di gelanggang futsal Wisma FAM menyaksikan Selangor dan Kelantan beraksi sengit sebelum akhirnya kejuaraan menjadi milik gergasi Pantai Timur itu.

Selangor tampil mempertaruhkan penjaring terbanyak di Futsal B-19 Kebangsaan, Aidil Afiqzam yang juga kapten pasukan pada perlawanan ini dan Kelantan FT pula diketuai oleh tonggak di posisi Fixo, Faaris Amsyar.

Jaringan awal di minit pertama oleh Amar Luqman membuatkan Kelantan FT tersentak di awal permainan selepas mencari ruang kosong dan menolak bola dengan mudah ke gawang Kelantan FT.

Kelantan FT berusaha untuk memburu gol dan membuat asakan dan akhirnya membuahkan hasil gol penyamaan pada minit ke-16 hasil rembatan yang cukup baik oleh Akmal Rizal ke gawang Selangor dan mengikat kedudukan 1-1 hingga ke akhir babak pertama.

Di babak awal kedua pasukan melakukan serangan bertubi dan akhirnya tercipta jaringan awal Kelantan FT oleh Faaris Amsyar yang berhasil membolosi gawang gol lawan menerusi rembatan jarak jauh yang membuatkan Adam Naim tertewas.

Kebangkitan Kelantan FT dan gol lewat oleh Faaris Amsyar dan Akmal Rizal pada minit ke-38 dan ke-39 cukup membuatkan Kelantan FT menjulang trofi Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 untuk kali pertama di dalam Arena Futsal.

Aksi tamat dengan keputusan 4-1 memihak Kelantan FT. Tahniah...

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.