BOLASEPAK

JDT 70.1% menaikkan mata ranking malaysia untuk Kelab-kelab Asia

2025-10-25 09:18:52

Sebelum ini JDT mengumumkan telah menyumbang mata MA ranking 69.5% untuk kejohanan Kelab-kelab di Asia seperti ACLE mahupun ACL2.

Setelah JDT berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan pertama pada ACLE lalu menentang Chengdu Rongsheng dengan kemenangan 2-0 sekaligus menaikkan JDT dengan mata berharga iaitu 4.500 dan menjadikan JDT menyumbang mata keseluruhan adalah 70.1% bagi Malaysia.

Selangor FC pada tahun ini di ACL2 tidak menaikkan MA Ranking kerana kekalahan 3 perlawanan berturut-turut seperti hilang arah dalam kemajuan Bolasepak di dalam Kejohanan Asia buat masa kini dan membabitkan menyumbang keseluruhan cuma 13% sahaja setakat ini.

JDT kekal tangga teratas keseluruhan iaitu menyumbang 70.1% , Selangor FC 13% dan KL City 5.8% bagi kelab-kelab dalam Malaysia. Dan tidak lupa juga kepada Sabah FC , Terengganu FC , Kedah FC dan Felda United yang pernah menaikkan MA rangking. Semoga kelab-kelab bolasepak dalam Malaysia terus menyinar di pentas antarabangsa akan datang.

⬅ Kembali ke Berita Terkini

🚫 AdBlock / Extension Dikesan

Fanatik Bola tetap dihati

Sila matikan semua extension seperti AdBlock, uBlock Origin, Brave Shield, VPN atau Privacy Tools, kemudian refresh halaman untuk terus membaca berita terkini.