Belum Sah !! 5 hari yang mendebarkan untuk fans tanah air
Pada 26 September 2025 kita diberikan kejutan "7 pemain Harimau Malaya di hukum 12 Bulan dan pemalsuan dokumen penting".
Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman berat kepada FAM selepas melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen.
Hasil penelitian bukti dan diserahkan kepada FAM, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada badan induk itu.
Tujuh pemain warisan Harimau Malaya turut diarahkan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000) sebagai sebahagian daripada hukuman.
Pada 14 Oktober 2025 , FAM memfailkan rayuan rasmi kepada Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung tatatertib yang dikenakan iaitu pemalsuan dokumen , denda Rm1.8juta dan 7 pemain didenda RM10,000.
FAM menjangkakan FIFA Akan memberikan keputusan rayuan pada 30 Oktober 2025 nanti.
Jika keputusan Jawatankuasa Rayuan tidak memihak kepada Malaysia, FAM masih mempunyai saluran seterusnya untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi proses semakan lanjut.